KAMI WARGA SKSP2 MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SKSP2...SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

KITA JAGA KITA

KITA JAGA KITA

Monday, November 14, 2011

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2011


Kem Membaca 1 MALAYSIA dan Anugerah NILAM

Program KEM MEMBACA 1MALAYSIA peringkat sekolah ini adalah salah satu pengisian program galakan membaca dan dilaksanakan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu bermula 8 – 14 NOVEMBER 2011 . Pelaksanaan program ini dijayakan oleh Pusat Sumber Sekolah berserta guru-guru bagi menyokong usahan membudayakan amalan membaca khususnya dalam kalangan pelajar SKSP2.

Majlis perasmian KM1M dan Anugerah Nilam

Apabila kita dapat melahirkan generasi atau masyarakat membaca di negara kita maka secara tidak langsung ianya dapat memberi impak baik kepada penjanaan pembangunan negara. Dalam kata lain proses pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar kerana semua rakyat mempunyai ilmu yang tinggi hasil daripada amalan suka membaca ini.Program ini telah diakhiri dengan penyampaian Anugerah Nilam peringkat sekolah.

Aktiviti Bacaria

Aktiviti Jom Baca Buku

Aktiviti Bacalah Sayang.

Aktiviti Jejak Maklumat
Aktiviti Pertandingan mewarna poster

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah Jom Baca Buku,Bacalah sayang,Bacathon,Bacaria dan jejak Maklumat.Sambutan pelajar adalah amat menggalakkan .PSS juga berterima kasih kepada semua guru dan pelajar atas kerjasama dan bantuan yang diberikan .jasamu dikenang!


oleh AA.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

HAK CIPTA TERPELIHARA Sejak 2009 - 2019 Penafian :SK SERI PERLING 2 Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SK Seri Perling 2 ini.