KAMI WARGA SKSP2 MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SKSP2...SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

KITA JAGA KITA

KITA JAGA KITA

SEJARAH

JASAMU DIKENANG


BIL
TAHUN BERKHIDMAT
NAMA GURU BESAR
1
Disember 1994 hingga Januari 1995
Encik Haron Bin Abdullah
2
Januari 1995 hingga Disember 1996
Encik Ghapar Shah Bin Mohamad @ Mohd Shah
3
Januari 1997 hingga Oktober 1998
Encik Ahmad Bin Jaafar
4
Oktober 1998 hingga Julai 2001
Puan Hjh Hajar Binti Hj Ibrahim
5
Ogos 2001 hingga Oktober 2004
Encik Samudin Bin Johari
6
Oktober 2004 hingga Disember 2008
Puan Hjh Maimunah Binti Samat
7
Januari 2008 hingga April 2010
Encik Osman Bin Ibrahim
8
April 2010 hingga Februari 2012
Puan Rosnani Binti Abd Ghani
9
April 2012 hingga 31 DISEMBER 2015
Puan Maselah Binti Mohd Tahir
10
1 JANUARI 2016 HINGGA KINI
Puan Rosziah bt Johar


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 (SKSP2), Johor Bahru telah mula beroperasi pada 1 Disember 1994. Sekolah ini merupakan sekolah ketiga yang dibuka di kawasan perumahan baru Taman Perling. Sekolah pertama yang dibina ialah Sekolah Kebangsaan Taman Perling dan Sekolah Rendah Kebangsaan (Cina) Pei Hwa merupakan sekolah kedua yang telah dibina.
          Kawasan ini asalnya merupakan bekas ladang getah. Penduduk kawasan taman perumahan ini terdiri daripada kaum melayu, india dan cina. Bangunan asal Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 ini terdiri daripada tiga blok bangunan tiga tingkat, sebuah kantin dan sebuah rumah pam.
          Beberapa buah kemudahan telah dibangunkan pada tahun 2002 termasuklah pondok menunggu bas, dua pondok bacaan dan sebuah laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan Antara Blok Pentadbiran dan Akademik.
          Bangunan asal sekolah ini juga dilengkapi dengan sebuah pejabat, bilik guru, bilik kaunseling, makmal sains, bilik rawatan/kesihatan, bilik mesyuarat, bilik kokurikulum, bilik setiausaha peperiksaan, bilik muzik, perpustakaan, bilik tayang dan surau.
Bermula tahun 2003, beberapa perubahan fizikal dan suasana sekolah yang ketara telah berlaku. Antaranya ialah, sekolah memiliki sebuah gelangggang serbaguna. Selain itu, sebuah makmal komputer telah didirikan dan beroperasi sepenuhnya hasil Projek Pengkomputeran Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 2004, Sudut Ilmu telah dibina dan terdiri daripada beberapa meja bulat bagi kemudahan murid-murid. Pada awal tahun 2004, sekolah telah membuka sebuah kelas Prasekolah dengan jumlah murid seramai 25 orang.
          Pada awal tahun 2005, sekolah ini telah terpilih untuk melaksanakan Program j-Qaf bagi tahun 1. Pada bulan Semptember 2007, projek bangunan tambahan dengan membina bangunan empat tingkat di belakang Blok Bestari telah dimulakan pada 17 September 2007. Pelakasanaan Program Peluasan Prasekolah kedua dijalankan dan ditempatkan di belakang Bangunan Bestari. Pada tahun yang sama Pusat Akses telah dibuka di Pusat Sumber untuk kemudahan murid mengakses internet. Pada awal tahun 2008, Prasekolah kedua telah mula dijalankan.
          Bilangan murid semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada 2003, bilangan guru bertambah kepada 44 orang, kakitangan seramai 6 orang dan murid seramai 643 orang. Pada tahun 2013 kerja-kerja membaik pulih telah dijalankan untuk membaiki bangunan yang rosak. Seterusnya, kerja-kerja menaik taraf tandas di Blok Pentadbiran dan tangki air dilaksanakan.
          Pada bulan September 2014, Yang Berhormat Datu Nur Jazlan bin Datuk Mohamad Rahmat Adun Parlimen Pulai meluluskan 9 buah komputer dan sebuah mesin cetak untuk kegunaan murid. Pada bulan Disember pula, Yang Berhormat Datuk Tengku Putera Harun Aminurrashid bin Tengku Hamid Jumat Adun Kawasan Kempas telah menyumbang dua buah komputer dan 15 buah tetikus. Dalam tahun 2015 sekolah telah membaik pulih bumbung di Blok Akademik. Sekolah 201 5telah menerima kerusi dan meja murid sebanyak 40 buah sumbangan dari ppd Johor Bahru dan juga 41 buah komputer netbook 1Malysia sumbangan dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.
          Pada tahun 2016, Sk Seri Perling 2 telah bertambah bilangan murid-muridnya. Pada tahun ini bilangan murid mencecah 742 orang termasuk 50 orang murid dari Prasekolah. Nama kelas juga the bertukar selaras dengan perkembangan pesat dunia Sains dan Teknologi di mana nama kelas Cemerlang, Cerdas dan Cerdik ditukar kepada Alfa, Beta, Delta dan Gamma. Selain itu, beberapa bilik khas telah diwujudkan antaranya, Bilik Gerakan PIBG dan Galeri Sejarah. Penyelenggaraan dan keceriaan tandas merupakan focus utama pada tahun ini. PIBG banyak membantu transformasi sekolah ini degan melalui pelbagai perubahan bagi memberi keselesaan kepada warganya.

      Tahun 2017 pula menyaksikan SKSP2 bertambah pesat membangun dengan kerjasama ibu bapa, PIBG dan KSIB sekolah ini. Banyak aktiviti yang dijalankan Berjaya melibatkan penglibatan PIBG dan ibu bapa seperti Sambutan Hari Guru dan Hari Karnival Kokurikulum. Pada tahun ini juga SKSP2 telah mendapat sumbangan menukar pagar sekolah yang baharu dari JPNJ selain menerima 20 alat pemadam api. Ibu bapa juga sentiasa menyumbang dan menghulurkan tenaga dan kewangan bagi menaiktaraf kelas anak masing-masing bagi keselesaan  pdpc mereka.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

HAK CIPTA TERPELIHARA Sejak 2009 - 2019 Penafian :SK SERI PERLING 2 Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SK Seri Perling 2 ini.