KAMI WARGA SKSP2 MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SKSP2...SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

KITA JAGA KITA

KITA JAGA KITA

Monday, April 18, 2011

Pelancaran Program Nilam 2011


Foto 1 : Ucapan Perasmian oleh Pn Rosnani ,Guru Besar SKSP2


Foto 2 : Acara memotong Reben Perasmian Program Nilam 2011

Foto 3 : Penyampaian Sijil dan hadiah kepada Pembaca Terbanyak.


Foto 4 : Persembahan Bercerita oleh Adik Haziq


Foto 5 : Persembahan koir murid SKSP2 menyanyikan lagu NILAM.


Isnin,18 APRIL 2011 - Majlis Pelancaran Program Nilam peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 hari ini dilancarkan secara rasmi oleh Guru Besar, Pn Rosnani bt Abd Ghani. Majlis pelancaran tersebut bermula pada jam 7.30 pagi dengan perhimpunan mingguan seperti biasa, diikuti ucapan perasmian oleh Guru Besar. Selepas ucapan perasmian Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada pembaca Terbanyak Bulanan yang melibatkan murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 iaitu berdasarkan rekod Bacaan Nilam bermula dengan bulan Januari hinga Mac 2011.Setiap pembaca diberikan hadiah iringan.Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan 'Story Telling' oleh adik Haziq Asri daripada kelas 3 Cemerlang dan seterusnya ialah nyanyian lagu NILAM oleh pasukan koir murid-murid Sekolah.

Pihak SKSP2 dan PSS mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan murid yang memberikan kerjasama dalam menjayakan pelancaran program NILAM bagi tahun 2011, serta mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang mendapat anugerah NILAM. Semoga semangat yang telah ditunjukkan diteruskan pada masa hadapan dan menjadi contoh kepada murid-murid yang lain.

Berita Terkini Oleh Akusalleh Abadi

Monday, April 11, 2011

Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Malaysia UPSR 1/2011





Foto 1 : Pn Noriah bt Md Jidin sedang menyanpaikan
Teknik menjawab kepada calon-calon UPSR.

9 April 2011 - Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling dan Panitia Bahasa Malaysia telah mengorak langkah lebih awal dengan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Malaysia.Tujuan utama adalah untuk mengisi ilmu didada dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman bukan sahaja murid Tahun 6,malahan tempias teknik tersebut juga dapat dikongsi bersama dengan murid Tahun 5 yang bakal menghadapi UPSR pada tahun 2012.

Foto 2 : Calon-calon UPSR tekun mendengar Ceramah.

Penerapan ilmu ini juga dikongsi bersama guru-guru Bahasa Malaysia SKSP2 supaya dapat memantapkan penandaan jawapan kertas Bahasa Malaysia.Bagi tujuan itu pihak sekolah telah menjemput Pn Noriah bt Md Jidin sebagai penceramah jemputan dari SK Taman Perling 3.Beliau adalah salah seorang penanda kertas peperiksaan UPSR yang telah berpengalaman.Banyak info yang telah dikongsi bersama yang dapat digunakan murid-murid untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam menjawab Kertas Bahasa Malaysia dalam UPSR.


Foto 3 : Penyampaian cenderamata kepada penceramah telah disampaikan
oleh Pn Noor Kamar bt Abdullah GPK1

Kami pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih dan berharap agar semua murid dapat menggunakan segala teknik untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2011.

Berita oleh AA.

Tuesday, April 5, 2011

Bengkel Teknik Menjawab UPSR Sains


Foto 1 : Calon-calon UPSR sdang mendengar ceramah oleh En Mohd Noor bin Bunyamin


Tarikh : 24 Mac 2011
Hari : Khamis
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Perling 2 , SKSP2,JB

Unit Bimbingan dan Kauseling telah berganding bahu bersama Panitia Sains telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab UPSR Bagi mata pelajaran Sains.Bengkel ini bertujuan mendedahkan calon-calon UPSR teknik yang betul menjawab soalan kertas Sains.Selain itu murid-murid juga diberikan motivasi oleh penceramah jemputan iaitu En Mohd Noor bin Bunyamin daripada SK Air Tawar 4,Kota Tinggi.Penceramah Jemputan yang telah dijemput itu juga sudi berkongsi pengalaman untuk memberikan informasi terkini kepada semua calon UPSR.Pihak sekolah berharap semua calon menggunakan teknik yang telah disampaikan supaya pencapaian mata pelajaran Sains pada UPSR akan datang meningkat.

Berita oleh : AA

Majlis Perpisahan GPK 1


Foto 1 : Ucapan Perpisahan GPK 1Foto 2 : Penyampaian cenderamata kepada GPK 1

Foto 3 : Murid-murid bersalaman tanda perpisahan

Foto 4 : Jamuan Perpisahan Pn Hjh Azizah di Restoran Tg Nelayan ,Gelang Patah.


Tarikh : 28 Mac 2011
Hari : Isnin
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Perling 2 , SKSP2,JB

Majlis Perpisahan GPK Pentadbiran , Pn Hajah Azizah Bt Abd Rahman telah diadakan pada hari Isnin. Tarikh itu merupakan tarikh terakhir beliau menjalankan tugas rasmi sebagai GPK Pentadbiran di SK Seri perling 2,JB.Kini beliau telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Nusantara,Gelang Patah sebagai Guru Besar.

Pn Hajah Azizah Bt Abd Rahman telah berkhidmat selama 10 tahun di SKSP2. Beliau menjalankan tugas GPK Pentadbiran. Sepanjang tugasan beliau di sini , beliau banyak melaksanakan beberapa program yang amat memberikan kesan kepada pelajar antaranya Program Jalinan Mesra Ibu Bapa Tahun 1 dan Tahun 6.Beliau juga pernah memangku Jawatan Guru Besar selama 1 tahun pada tahun 2007.

Beliau telah berkhidmat di bawah empat orang Guru Besar bermula En Samudin bi Johari , Hjh Maimunah bt Samat , En Osman bin Ibrahim dan Pn Rosnani bt Abd Ghani.Beliau juga merupakan seorang guru yang komited terhadap tugas dan banyak kejayaan yang dicapai sepanjang beiau berkhidmat di sekolah ini terutamanya dalam bidang kurikulum khasnya pencapaian yang memberangsangkan dalam keputusan UPSR.

Warga SKSP2 merakam jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berada di sini. Pihak pengurusan sekolah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan bakti yang telah dicurahkan di sekolah ini sejak tahun 2003. Ucapan Tahniah di atas kenaikan pangkat dan selamat bertugas di lokasi yang baru . Tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat bermain.

Berita oleh : AA

Kursus Kepimpimpinan 2011

Foto 1: penyampaian Sijil kepada peserta kursus.

Foto 2 : Peserta Kursus Pengawas

Foto 3 : Peserta Kursus Pengawas PSS

Foto 4 : Peserta Kursus menerima sijil masing-masing.

Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan kursus kepimpinan pengawas yang terdiri daripada pengawas sekolah dan pengawas Pusat Sumber Sekolah.Seramai 60 orang pengawas telah menyertai kursus kepimpinan tersebut.Tujuan kursus ini adalah untuk melatih para pengawas agar mempunyai disiplin dan berkeyakinan diri apabila menjalankan tugas.Selain itu juga kursus ini juga memberikan motivasi kepada para pengawas agar dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan sewaktu berhadapan dengan masalah sepanjang mereka menjalankan tugas.

Berita : AA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

HAK CIPTA TERPELIHARA Sejak 2009 - 2019 Penafian :SK SERI PERLING 2 Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SK Seri Perling 2 ini.