KAMI WARGA SKSP2 MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SKSP2...SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

KITA JAGA KITA

KITA JAGA KITA

Sunday, February 13, 2011

Larian Perdana Mahkota 2011




Pn Rosnani Guru Besar SKSP2 melancarkan Larian Perdana Mahkota.

Sabtu, 12 Februari 2011 - Hari ini warga SKSP2 mengambil bahagian dalam Larian Perdana Mahkota yang diadakan serentak diseluruh negeri Johor.Acara ini turut mendapat perhatian warga ibu bapa yang turut serta memeriahkan larian ini.
Acara telah dimulakan seawal 7:30 pagi di mana semua murid berkumpul di Dataran Kejat SKSP2 bagi sesi senamrobik oleh guru-guru Praktikum dari IPTI,JB. Setelah itu, larian dimulakan serentak dengan pelancaran larian di Dataran Bandaraya yang dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor pada pukul 8:45 pagi. Guru Besar, Pn Rosnani telah melepaskan semua peserta dan semua barisan Guru Penolong Kanan serta Naib Yang Dipertua PIBG SKSP2, En. Mohd Asri bin Hj Yusof turut sama berlari dengan murid- murid sepanjang acara ini.Acara ini berakhir dengan lancar dan tiada kejadian buruk berlaku.Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG SKSP2.
Para Pemenang Larian Perdana Mahkota 2011
Pihak SKSP2 mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan acara ini. Semoga acara sebegini dapat dijalankanpada masa akan datang bagi melahirkan warga SKSP2 yang sentiasa sihat dan cergas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

HAK CIPTA TERPELIHARA Sejak 2009 - 2019 Penafian :SK SERI PERLING 2 Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SK Seri Perling 2 ini.