KAMI WARGA SKSP2 MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SKSP2...SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

KITA JAGA KITA

KITA JAGA KITA

Monday, February 28, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Persembahan Nasyid oleh murid-murid tahun 5.

Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Feb 2011/22 r.awal 1432H
Tempat : Dewan SK Seri Perling 2
TEMA : 1 MALAYSIA 1 UMMAH

Jumaat,25 Feb 2011 - Sambutan Majlis Maulidur rasul peringkat sekolah telah berjaya diadakan dengan jayanya .Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan memperingati kelahiran dan kehidupan junjungan nabi Muhammad S.A.W kepada murid-murid supaya mereka dapat menghayati dan mencontohi baginda dalam mengharungi kehidupan dunia dan akhirat.majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rohaizal dan diikuti oleh Bacaa Salawat ke atas nabi yang diiringi oleh paluan kompang .Antara aktiviti lain ialah persembahan bercerita,bersajak dan persembahan nasyid dan diakhiri oleh ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Solihin bin Hj Misri yang dijemput khas dari Jabatan Agama Islam Johor.Majlis diakhiri dengan kuiz dan penyampaian hadiah.Sebelum berakhir semua murid menjamu selera.

Tuesday, February 22, 2011

Majlis Pelantikan Pengawas PSS 2011




ISNIN,21 Feb 2011 - Seramai 30 murid yang terdiri daripada tahun 3,4,5 dan 6 telah dilantik menjadi Pengawas PSS bagi sesi 2011.Majlis ini disempurnakan oleh Pn Rosnani bt Abd Ghani Guru Besar SKSP2 yang telah menyampaikan sijil pelantikan dan kad Pustakawan kepada murid yang terlibat.Adik Nurul Izzati bt Alias dari tahun 6CM telah dilantik menjadi Ketua Pengawas PSS.Selepas itu pula Bacaan Ikrar aku janji pula diadakan yang diketuai oleh Ketua Pengawas PSS yang baru dilantik.Semoga dengan pelantikan ini semua para pengawas dapat membantu guru melancarkan lagi program yang akan diadakan oleh PSS SKSP2 kelak.

Kem Solat Bestari Kali 1/2011


Murid sedang mengikuti senamrobik

Pn Hidayah sedang mengajar peserta membaca doa
Panatia Pendidikan Islam telah berjaya mengadakan Kem Solat Bestari untuk sesi pertama pada tahun ini .Kem ini diadakan sebagai kesinambungan apa yang telah dipelajari oleh murid tahun 1 hingga tahun 6 pada tahun lalu.Murid yang terlibat adalah semua murid beragama islam tahun 1 hingga enam.Manakal Fasilitator yang terlibat bukan sahaja guru-guru Jqaf tetapi semua guru telah menunjukkan kerjasama erat demi melancarkan lagi program ini.Tahniah kepada semua guru yang terlibat.Antara Aktiviti sepanjang kem tersebut adalah Senamrobik,dan Praktikal Solat.
Pn Norlisah sedang memberi taklimat kepada Fasi.

Monday, February 14, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011



Sambutan
akan diadakan pada 25 Februari 2011 (Jumaat) dan semua murid akan hadir pada sesi pagi. Pelbagai acara akan diadakan untuk memeriahkan sambutan pada hari tersebut.

Sunday, February 13, 2011

Larian Perdana Mahkota 2011




Pn Rosnani Guru Besar SKSP2 melancarkan Larian Perdana Mahkota.

Sabtu, 12 Februari 2011 - Hari ini warga SKSP2 mengambil bahagian dalam Larian Perdana Mahkota yang diadakan serentak diseluruh negeri Johor.Acara ini turut mendapat perhatian warga ibu bapa yang turut serta memeriahkan larian ini.
Acara telah dimulakan seawal 7:30 pagi di mana semua murid berkumpul di Dataran Kejat SKSP2 bagi sesi senamrobik oleh guru-guru Praktikum dari IPTI,JB. Setelah itu, larian dimulakan serentak dengan pelancaran larian di Dataran Bandaraya yang dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor pada pukul 8:45 pagi. Guru Besar, Pn Rosnani telah melepaskan semua peserta dan semua barisan Guru Penolong Kanan serta Naib Yang Dipertua PIBG SKSP2, En. Mohd Asri bin Hj Yusof turut sama berlari dengan murid- murid sepanjang acara ini.Acara ini berakhir dengan lancar dan tiada kejadian buruk berlaku.Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG SKSP2.
Para Pemenang Larian Perdana Mahkota 2011
Pihak SKSP2 mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan acara ini. Semoga acara sebegini dapat dijalankanpada masa akan datang bagi melahirkan warga SKSP2 yang sentiasa sihat dan cergas.

Wednesday, February 9, 2011

Peta laluan Larian Perdana Mahkota 2011


Peta Laluan Larian Perdana Mahkota

LATIHAN LARIAN

TARIKH :
10 FEBRUARI 2011

HARI :
KHAMIS

MASA:
7.30 PAGI HINGGA 8.30 PAGI

SASARAN :
SEMUA MURID TAHUN 4,5 DAN 6.

PERATURAN ;

1.P & P berjalan seperti biasa selepas 8.30 pg.
2.Hanya AJK terlibat sahaja yang diminta bertugas.
3.Sila rujuk Jadual Bertugas di Bilik Guru.
4.Semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan.

Larian Perdana Mahkota 2011


AJK PELAKSANA PERINGKAT SEKOLAH

SK SERI PERLING 2, JOHOR BAHRU

LARIAN PERDANA MAHKOTA 2011

SABTU (12 FEBRUARI 2011)


Pengerusi :

Pn. Rosnani Bt Abd Ghani (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi :

Pn. Hjh Azizah Bt Abd Rahman (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi :

En. Idris B Mahamat (GPK Kokurikulum)

Setiausaha :

En. Mohd Faisal B Edris (Setiausaha Sukan Sekolah)

Pen. Setiausaha 1 :

Pn. Hashimah Bt Hassan (Pen. S/U Sukan)


Ahli Jawatankuasa :


1. Penjaga Check Point

Cik Fatimah Zahrah – C3 (Perempuan)

Pn. Hashimah Hassan - C3 (Perempuan)

Pn. Fairul Akma B Yasin– C 1

Pn Noorazlina Azman – C1

Cik Hairunnisa Hassan – C2

Pn Normala bt Mohd Isa – C2

Pn. Siti Aziha Riduan– C4

Pn Aslindah Mohd Yasin– C4

En Mohd Rohaizal Deraman – C3 (Lelaki)

En. Khairul Azwan Azman– C3 (Lelaki)


2. Persiapan tempat/ Pencatat mata

Cik Junaidah Bt Buang (Merah- Lelaki)

Cik Rohana Ibrahim (Merah-Perempuan)

Pn. Norishah Jamaludin(Kuning –Lelaki)

Pn.Nur Hidayah (Kuning –Perempuan)

Cik Norzainiatun (Rumah Hijau –Lelaki)

Cik Hidayah Abd Latif(Hijau-Perempuan)

Cik Lizah Rahmat(Biru –Lelaki)

Pn. Azlinda Gorip (Biru – Perempuan)


3. Kawalan dan Keselamatan

En. Mohd Faisal B Edris

- dibantu oleh murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan


4. Jamuan Guru

Pn. Hjh. Roslinna Bt Saghil

Pn. Hjh Hanisah Bt Dollah

Pn. Mastura Bt Dollah

Pn. Noridah Bt Ahmad

*C1- Checkpoint 1

*C2- Checkpoint 2

*C3- Checkpoint 3

*C4- Checkpoint 4

Monday, February 7, 2011

Carta Organisasi Pengawas 2011

Majlis Pelantikan Pengawas Sesi 2011






Pn.Rosnani Menyampaikan sijil Pelantikan Pengawas sesi 2011 kepada Ketua Pengawas.

Tahniah diucapkan kepada para pengawas yang telah dilantik pada sesi 2011.Majlis pelantikan ini telah diadakan di perhimpunan mingguan sekolah pada 10 Januari 2011.Seramai 33 orang pengawas telah dilantik sebagai pengawas sesi 2011.Sijil Pelantikan telah disampaikan oleh Pn Rosnani binti ABd Ghani guru besar SKSP2.Majlis ini diadakan bertujuan unutk memberi pendedahan kepada semua murid SKSP2 agar memberikan sepenuh penghormatan dan kerjasama dalam meningkatkan disiplin sekolah.Dalam majlis berkaitan semua pengawas yang dilantik telah diberikan Sijil Pelantikan sebagai akuan pelantikan sebagai pengawas.Selain itu ,dalam majlis tersebut juga diadakan acara melafazkan ikrar pengawas yang merupakan aku janji para pengawas terhadap komitmen mereka dalam menjalankan tugas mereka.


Majlis Melapazkan Ikrar Pengawas 2011









SENARAI NAMA PENGAWAS SESI 2011
NAMA


KELAS

KETUA PENGAWAS: INTAN NUR FATIHAH BT. RIPIN 6 CM
P. KETUA PENGAWAS: MUHAMMAD IZZAD AMEER B. AZMI 6 CM
MOHAMMAD AMIR FAKHRI B. BAHARUDIN 6 CM
MUHAMMAD ADHAM SYAFIQ B. ABDUL RAHMAN 6 CM
SASHVIN A/L RAMANI 6 CM
KHAIRIL RAZLY B. HAIRUL AFFENDY 6 CS
M. IDZHAM AZIQ B. NORISAM 6 CS
MUHD. AMIRUDDIN B. RIDUAN 6 CS
MUHAMMAD AIDIL B. SHAHDAN 6 CK
HANANI MAISARA BT. ABD. RAZAK 6 CM
NADINA A/P DEVANTHIRAN 6 CM
SYAFAA BT. KAMARUDIN 6 CM
AMIRATUL MUNIRAH ATIQAH BT. ABD. ZALIL 6 CS
NADHRATUL NAZIRAH BT. NOR ARIPIN 6 CS
MUHAMMAD ALIM B. RUSLIN 5 CM
MUHAMMAD ARIF HAMIZAN B.MISKON 5 CM
MUHAMMAD NAIM B. SAMSIR 5 CM
RIZA NUR FARIHIN B. RIPIN 5 CM
AWATIF WAJIHAH BT. ADHAMSHA 5 CM
GEORGIA SARRA ANAK KERRY 5 CM
NORAMIRAH NABILAH BT. SULAIMAN 5 CM
NURFARAHAIN BT. BASAR 5 CM
NURSYAFIQAH BT. MOHD. ISA 5 CM
NURZAHIRAH BT. MOHD. SANIF 5 CM
AMIRUL FIRHAD B. HAMZAH 4 CM
MOHAMAD ARIF B. YAZID 4 CM
MUHAMMAD FARHAN B. MOHD. ASRI 4 CM
MUHAMMAD HAZIM B. LOKMAN 4 CM
ANIS AQILAH BT. LATIFF 4 CM
NUR SYASYA SYUHADA BT. ABD. RASHID 4 CM
NURLIYANA HANANI BT. MOHD. ZAIDI 4 CM
NURUL FARHANA BT. MISKON 4 CM
SYAHIRAH BT. ABDUL RAHMAN 4 CM


Semoga dengan pelantikan ini akan memberi semangat dan keyakinan diri kepada para pengawas dengan lebih mantap lagi.Syabas!

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina


Pihak sekolah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada guru dan semua murid SKSP2.Semoga ikatan persahabatan kita semua terus erat dan bersama-sama berganding bahu demi memajukan anak-anak didik kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

HAK CIPTA TERPELIHARA Sejak 2009 - 2019 Penafian :SK SERI PERLING 2 Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SK Seri Perling 2 ini.