KAMI WARGA SKSP2 MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SKSP2...SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

KITA JAGA KITA

KITA JAGA KITA

Friday, April 10, 2009

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAHKU


SK SERI PERLING 2,JOHOR BAHRU
KOD SEKOLAH : JBA 1069

VISI SEKOLAH
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI SEKOLAH
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

MATLAMAT
MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH YANG MAPAN.
95% KELULUSAM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MEMPUNYAI GURU YANG BERKUALITI DARI ASPEK KEILMUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP.
MEMPUNYAI PENGURUSAN YANG EFEKTIF DAN EFISIEN.
MENYEDIAKAN SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT YANG SELAMAT, BERSIH DAN CERIA.



Foto 1 : Pintu masuk utama SKSP2 dahulu.

Foto 2 : Pintu masuk utama SKSP2 sekarang




Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 (SKSP 2), Johor Bahru telah mula beroperasi pada 1 Disember 1994. Sekolah ini merupakan sekolah yang ketiga dibina di kawasan perumahan baru Taman Perling. Sekolah pertama yang dibina ialah Sekolah Kebangsaan Taman Perling dan sekolah kedua pula ialah Sekolah Rendah Kebangsaan ( Cina ) Pei Hwa. Kedua-dua sekolah ini terletak di Persisiran Perling 1.

Foto 3 : Dataran utama SKSP2 dahulu.

Foto 4 : Dataran utama SKSP2 sekarang.


Bangunan asal Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 ini terdiri daripada tiga blok bangunan tiga tingkat, sebuah kantin dan sebuah rumah pam. Setakat tahun 2002, beberapa kemudahan lain telah didirikan termasuk pondok menunggu bas, dua buah pondok bacaan dan sebuah laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan antara Blok Pentadbiran dan blok Akademik.


Foto 5 : Bangunan Blok Pentadbiran SKSP2 dahulu.


Foto 6 : Bangunan Blok Pentadbiran SKSP2 sekarang

Bangunan asal sekolah ini juga dilengkapi dengan sebuah pejabat, bilik guru, bilik kaunseling, makmal sains, bilik rawatan/kesihatan, bilik mesyuarat, bilik kokurikulum, bilik setiausha peperiksaan, bilik muzik, bilik sumber/perpustakaan, bilik tayang dan bilik sembayang ( surau ).

Foto 7 : Laluan utama ke Blok Pentadbiran SKSP2 dahulu.

Kawasan di mana sekolah ini dibina pada asalnya merupakan bekas ladang getah. Penduduk di kawasan taman perumahan ini terdiri daripada kaum melayu. Selain itu terdapat juga masyarakat Cina dan India.

Foto 8 : Laluan utama ke Blok Pentadbiran SKSP2 sekarang

Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Haron bin Abdullah. Diikuti dengan En. Ghapar Shah bin Mohamad @ Mohd Shah. Guru Besar ketiga ahli En. Ahmad bin Jaafar. Beliau bersara wajib pada Oktober 1998 dan tempat beliau diganti oleh Pn. Hjh. Hajar binti Hj. Ibrahim. Pada Julai 2001 Pn. Hjh. Hajar Binti Hj. Ibrahim telah berpindah ke SK Tun Aminah. Tempat beliau diganti oleh En. Samudin bin Johari pada Ogos 2001.
Foto 9 : Laluan utama keluar masuk SKSP2 dahulu.


Bermula tahun 2003, beberapa perubahan fizikal dan suasana sekolah yang ketara telah berlaku. Antaranya iaitu sekolah telah dapat memiliki sebuah gelanggang serbaguna iaitu gelanggang untuk badminton, sepak takraw, dan bola jaring. Selain itu, sebuah makmal komputer telah didirikan dan beroperasi sepenuhnya hasil Projek Pengkomputeran Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. pada tahun 2004. Sudut Ilmu juga telah dapat didirikan yang terdiri dari beberapa meja bulat yang dipayungi oleh payung-payung besar bagi kemudahan pelajar. Akhirnya pada awal tahun 2004 sekolah telah berjaya membuka sebuah kelas Prasekolah dengan jumlah pelajar seramai 25 orang.

Foto 10 : Laluan pintu utama keluar masuk SKSP2 sekarang.


Pada awal tahun 2004 terdapat beberapa sekolah sekitar SKSP 2 dibuka dan ramai guru dan murid bertukar ke sekolah-sekolah berdekatan. Ini menyebabkan jumlah guru dan murid berkurangan. Pada Julai 2004 jumlah murid ialah seramai 541 orang dan jumlah guru seramai 32 orang. Manakala En. Mohamad Samudin bin Johari pula ditukarkan sebagai Guru Besar ke SK Kampung Pasir, Johor Bahru. Tempat beliau telah diganti oleh Pn. Hjh. Maimunah bt Samat Guru Besar SK Desa Skudai mulai 1 Oktober 2004. Pada awal tahun 2005 sekolah ini antara 48 buah sekolah di Johor Bahru telah terpilih untuk melaksanakan Program j-Qaf bagi Tahun 1.
Pada awal 2007, Guru Besar Pn. Hjh. Maimunah bte Samat mengambil cuti setahun. Guru Penolong Kanan, Pn. Hjh. Azizah bte A. Rahman diamanahkan untuk menjalankan tugas selama setahun. kelas yang dibuka ialah 14 kelas dan 1 kelas Prasekolah. Bilangan guru 32 orang. Pada bulan September 2007, projek bangunan tambahan iaitu membina bangunan empat(4) tingkat di belakang Blok Bestari dimulakan pada 17 september 2007. Bangunan tambahan ini dijangkakan siap pada akhir tahun 2008. Syarikat yang mengendalikan projek ini, ialah Pantegas Sdn. Bhd dan Wakil Syarikat En. Mohd Faizi bin Rahmat.


Foto 11 : Tarikh bersejarah pembukaan SKSP2 1 Disember 1994
Dibuka sejak 17 belas tahun dahulu (1994 - 2011)


Pada bulan oktober 2007, pelaksanakan program peluasan Pra sekolah kedua tahun 2008 dijalankan. Projek pembinaan bangunan pra sekolah ditempatkan di belakang bangunan Bestari. Projek ini telah dilaksanakan mulai 3 oktober 2007. Projek Pra sekolah siap pada bulan disember 2007. Syarikat Lapan Belas Sdn. Bhd. telah membina pra sekolah kedua bagi Sk Seri Perling 2.
Pada awal bulan November 2007 perlaksanaan projek pakej membaiki dan membaikpulih sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, dijalankan di SK Seri Perling 2. Sekolah mendapat peruntukan ubahsuai satu bilik khas dan mengecat bagunan Blok A, kerja mengecat bagunan luar dan dalam Blok B dan Blok C, kerja mengubahsuai tandas murid Blok C (bahagian bawah sahaja). Keseluruhan projek itu siap pada Disember 2007.
Pada awal tahun 2008, kelas yang dibuka ialah 14 kelas dan 2 kelas Pra sekolah. Bilangan guru ialah 35 orang. Bilangan Murid 549 orang. Pn. Hjh. Maimunah bte Samat bertukar ke Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 7 hb Januari 2008 dan En. Osman bin Ibrahim dari Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor menjadi guru besar ke -7 SK Seri Perling (2).
Pada tahun 2009, kelas yang dibuka ialah 15 kelas dan 2 kelas Pra Sekolah. Bilangan guru ialah 36 orang. Pada tahun 2010, kelas yang dibuka ialah 18 kelas dan 2 kelas Pra sekolah. Bilangan guru ialah 40 orang. Bilangan murid ialah 590 orang. Pada 16 april 2010, En. Osman bin Ibrahim bertukar ke Kampung Maju Jaya dan Pn. Rosnani binti Abdul Ghani mengganti beliau sebagai guru besar SK Seri Perling (2) yang ke -8. Pada tahun 2011, kelas yang dibuka 17 kelas dan 2 kelas Pra Sekolah. Bilangan guru hak ialah 41 orang. SK Seri Perling (2) yang ke -8. Pada tahun 2011, kelas yang dibuka 17 kelas dan 2 kelas Pra Sekolah. Bilangan guru hak ialah 41 orang.Pada bulan April 2012 ,Puan Maselah bt Mohd Tahir telah menjawat jawtan Guru Besar menggantikan Puan Rosnani kerana bersara.

Foto 12: Bangunan Blok Akademik SKSP2 sekarang.



PETA LALUAN SEKOLAH

Foto 13 : Peta laluan SKSP2


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

HAK CIPTA TERPELIHARA Sejak 2009 - 2019 Penafian :SK SERI PERLING 2 Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SK Seri Perling 2 ini.