Pada 2 Mac 2012 telah diadakan Kem Bestari Solat Siri 1yang melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Latihan Dalam Kumpulan yang dibimbing oleh guru-guru dan Amali Solat. Antara pengisiannya ialah tertib wudu', bacaan doa, penilaian serta amali solat. Kehadiran murid-murid dengan memakai baju kurung dan berbaju melayu kelihatan sangat manis dipandang dan wajar diteruskan. Walaubagaimanapun perkara yang lebih penting ialah semua murid seharusnya menghayati tujuan kem ini dijalankan. Segala pengisian dan ilmu yang diperoleh perlu diamalkan demi membentuk diri sebagai muslim sejati.
No comments:
Post a Comment