KAMI WARGA SKSP2 MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SKSP2...SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

KITA JAGA KITA

KITA JAGA KITA

Friday, March 23, 2012

Pemberitahuan :Mesyuarat Agung PIBG ke -17 dan Majlis Anugerah Cemerlang



Tuesday, March 6, 2012

Majlis Persaraan Pn Rosnani bt Abd Ghani

Pn Rosnani menerima sijil penghargaan daripada wakil PPD.

Memotong Kek Harijadi

Lambaian terakhir sebagai Guru Besar SKSP2.


Pada 27 Februari 2012 telah diadakan Majlis Persaraan Guru Besar, Pn. Rosnani Bt Abd. Ghani. Majlis ini telah dijalankan di dewan Seri Perling dengan melibatkan murid-murid, guru-guru, jemputan khas daripada pegawai PPD serta Pengerusi PIBG. Hasil kerjasama yang erat antara guru-guru serta pentadbir telah berjaya menganjurkan majlis persaraan ini dengan gilang-gemilang. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus mengadakan majlis ini. Semoga sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit yang anda salurkan mendapat keberkatan dan ganjaran daripadaNya.

Kem Bestari Solat Siri 1 2012

Pada 2 Mac 2012 telah diadakan Kem Bestari Solat Siri 1yang melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Latihan Dalam Kumpulan yang dibimbing oleh guru-guru dan Amali Solat. Antara pengisiannya ialah tertib wudu', bacaan doa, penilaian serta amali solat. Kehadiran murid-murid dengan memakai baju kurung dan berbaju melayu kelihatan sangat manis dipandang dan wajar diteruskan. Walaubagaimanapun perkara yang lebih penting ialah semua murid seharusnya menghayati tujuan kem ini dijalankan. Segala pengisian dan ilmu yang diperoleh perlu diamalkan demi membentuk diri sebagai muslim sejati. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

HAK CIPTA TERPELIHARA Sejak 2009 - 2019 Penafian :SK SERI PERLING 2 Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SK Seri Perling 2 ini.