KAMI WARGA SKSP2 MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SKSP2...SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

KITA JAGA KITA

KITA JAGA KITA

Thursday, December 27, 2012

Mesyuarat Guru Sesi persekolahan 2013

 Puan Maselah sedang merasmikan Mesyuarat sesi persekolahan sesi 2013

 Suasana mesyuarat sesi persekolahan 

Jasamu dikenang






Warga sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada Pn Haniza bt Hassan kerana telah dilantik menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Taman Perling Johor Bahru.Oleh itu beliau akan memulakan tugas dan berpindah ke sekolah tersebut berkuatkuasa pada tahun sesi persekolahan 2013.Warga sekolah mengucapkan tahniah dan merakamkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti yang beliau curahkan sepanjang bertugas di SKSP2.Semoga beliau terus mengekalkan dedikasi dan usaha beliau untuk mendidik anak bangsa Malaysia.

Oleh : AA.

Tuesday, May 15, 2012

Sajak Buatmu Guru




Jasamu Guru

Sedingin embun pagi yang menitis
Dikau mula menyinari kami
Menyusuri liku-liku jalanan
Mencari keberkatan Ilahi

Kisah hidup mereka penuh ceritanya
Ada yang berkongsi kemanisan
Banyak juga disulami kepahitan
Namun kejernihan nurani pendidik ini
Membawa darjat mereka hingga ke hari ini

Wahai anakku
Hormailah jasa pendidik ini
Kenanglah mereka tanpa jemu
Tanpa mereka mungkin
Jalan yang kita tempuhi
akan dipenuhi ranjau yang berduri

Wahai anakku,
Demi masa yang terus berlalu pergi
Usah kau persiakan ilmu yang diberi
Tinta pena pendidik ini akan terus
Memacu hidupmu ke jalan yang diredahi
 
Wahai anakku
Masa terus berlalu
Suatu masa mereka akan 
Meninggalkan kita
Namun yang pasti 
Jati pendidik ini akan terus
Disanjungi dikagumi dan diormati...

Nukilan Khas buat Rakan-rakan Guru
SK Seri Perling 2 
dan 
Semua guru di tanah air tercinta.
-Akusalleh Abadi-


Tuesday, April 17, 2012

CHECK POINT GURU BERTUGAS MINGGUAN UPDATE!

Perhatian Kepada semua Guru Bertugas Mingguan.

Sila Bertugas dilokasi yang telah ditetapkan.pindaan ini berkuatkuasa serta merta.
Sila bertugas mengikut kedudukan angka giliran masing-masing.
Sila rujuk jadual guru Bertugas Mingguan.

Kumpula 7 orang Ahli.

No 1,2,3 - Bertugas di dewan dan Blok utama
No 4,5 - Bertugas dikantin
No 6 - Bertugas di pintu pagar hadapan
No 7 - Bertugas di pintu pagar belakang

Kumpulan 6 orang Ahli.

No 1,2, - Bertugas di dewan dan Blok utama
No 3,4 - Bertugas dikantin
No 5 - Bertugas di pintu pagar hadapan
No 6 - Bertugas di pintu pagar belakang

Terima Kasih.

Puan Hajah Adibah bt A.Manan
Guru Penolong kanan HEM
SK Seri Perling 2


Thursday, April 12, 2012

Pelancaran Program NILAM 2012

Barisan pendidik menyanyikan lagu Nilam

Hadiah kepada Pembaca terbanyak adik Hafiz tahun 3

Tokoh Nilam Sekolah adik Georgia Sara

Pn Maselah sedang menandatangani Watikah pelancaran Program Nilam 2012

Murid-murid memberi tumpuan semasa mendengar ucapan perasmian

Upacara memotong reben waikah pelancaran Program Nilam
oleh Pn Maselah,Guru Besar SKSP2.


9 April 2012,ISNIN - PSS SK Seri Perling 2 telah mengadakan pelancaran rasmi Program NILAM yang telah disempurnakan oleh Guru Besar SKSP2 iaitu Pn Maselah binti Mohd Tahir.Pelancaran ini telah diadakan di Dewan Seri Perling.Antara aktiviti semasa pelancaran ini adalah aktiviti bercerita Bahasa Inggeris yang telah disampaikan oleh adik Kesya dari 2 Cemerlang ,penyampaian Tokoh Nilam Sekolah serta pembaca terbanyak bulan Januari hingga Mac.Antara matlamat Program ini adalahmerupakan satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan warga SK Seri Perling 2 khususnya murid sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca di kalangan warga SK Seri Perling 2.Membaca Menambah ILMU.oleh AA.

TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi

Murid-murid berkumpul di Dewan SK Seri Perling 2

Guru-guru dan murid-murid mengambil tempat

7.30 pagi

Ucapan Pengerusi Majlis – Juruacara

7.35 pagi

Bacaan doa oleh Ustaz Rohaizal bin Deraman

7.40 pagi

Aktiviti Bacaan Senyap oleh murid-murid SKSP2

7.45 pagi

Persembahan murid Bercerita

7.50 pagi

Ucapan Perasmian Pelancaran Program

oleh Pn Maselah bt Mohd Tahir

Guru Besar SK Seri Perling 2 JB

-Upacara Pelancaran NILAM

7.55 pagi

Penyampaian Tokoh NILAM Sekolah

Hadiah Pembaca Terbanyak Jan – Mac 2012

8.00 pagi

Nyanyian Lagu NILAM

8.05 pagi

Bersurai


Friday, March 23, 2012

Pemberitahuan :Mesyuarat Agung PIBG ke -17 dan Majlis Anugerah Cemerlang



Tuesday, March 6, 2012

Majlis Persaraan Pn Rosnani bt Abd Ghani

Pn Rosnani menerima sijil penghargaan daripada wakil PPD.

Memotong Kek Harijadi

Lambaian terakhir sebagai Guru Besar SKSP2.


Pada 27 Februari 2012 telah diadakan Majlis Persaraan Guru Besar, Pn. Rosnani Bt Abd. Ghani. Majlis ini telah dijalankan di dewan Seri Perling dengan melibatkan murid-murid, guru-guru, jemputan khas daripada pegawai PPD serta Pengerusi PIBG. Hasil kerjasama yang erat antara guru-guru serta pentadbir telah berjaya menganjurkan majlis persaraan ini dengan gilang-gemilang. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus mengadakan majlis ini. Semoga sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit yang anda salurkan mendapat keberkatan dan ganjaran daripadaNya.

Kem Bestari Solat Siri 1 2012

Pada 2 Mac 2012 telah diadakan Kem Bestari Solat Siri 1yang melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Latihan Dalam Kumpulan yang dibimbing oleh guru-guru dan Amali Solat. Antara pengisiannya ialah tertib wudu', bacaan doa, penilaian serta amali solat. Kehadiran murid-murid dengan memakai baju kurung dan berbaju melayu kelihatan sangat manis dipandang dan wajar diteruskan. Walaubagaimanapun perkara yang lebih penting ialah semua murid seharusnya menghayati tujuan kem ini dijalankan. Segala pengisian dan ilmu yang diperoleh perlu diamalkan demi membentuk diri sebagai muslim sejati. 

Wednesday, February 8, 2012

Tahun Baru Cina 2012 - RIMUP


Jemputan Sambutan Tahun Baru Cina 2012

Tarikh : 27 januari 2012

Tempat : SJKC Pei Hwa Taman Perling ,JB


Seramai 10 orang murid serta 2 orang guru pengiring telah menghadiri jemputan sempena tahun Baru Cina 2012.Antara aktiviti yang dapat dikongsi bersama adalah persembahan Tarian Singa.Serta banyak lagi persembahan yang menarik.
|

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

HAK CIPTA TERPELIHARA Sejak 2009 - 2019 Penafian :SK SERI PERLING 2 Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SK Seri Perling 2 ini.