KAMI WARGA SKSP2 MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SKSP2...SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

KITA JAGA KITA

KITA JAGA KITA

Thursday, June 30, 2011

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA






Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)

Masa : 7.45 pagi

Tempat : Sk Seri Perling 2,JB

Pakaian : Sukan.



Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat.Pelancaran peringkat sekolah akan diadakan di Laluan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Sila rujuk Peta Laluan.(akan dipaparkan nanti)

P/S : HADIAH-HADIAH AKAN DISEDIAKAN DAN MARKAH UNTUK RUMAH SUKAN JUGA KAN DIKIRA.HADIRLAH BERAMAI-RAMAI.

Oleh : Akusalleh Abadi

Tuesday, June 28, 2011

Hari Terbuka 2011


Foto 1 : Pertemuan ibubapa Pra 1


Foto 2 : Kelas 3 CM macam interview kerja je...


Foto 3 : Jutawan Skor A En Shahrul & En Nik...




Hari Terbuka SKSP2 telah diadakan pada 25 Jun 2011.Kehadiran ibu bapa juga amat menggalakkan .Tujuan Hari Terbuka ini diadakan supaya dapat membincangkan permasalahan pembelajaran dan penapaian anak-anak dalam peperiksaan.Ibu bapa dan guru juga dapat menyelesaikan segala permasalahan dan mencari jalan bagi membantu mereka memberikan keputusan yang terbaik.Selain itu pihak sekolah juga telahmengambil inisiatif mengadakan beberapa pameran dan membuka gerai jualan yang bertujuan menarik minat golongan ibu bapa hadir pada Hari Terbuka tersebut.Tahniah kepada guru-guru ,murid serta ibu bapa dengan semangat yang ditunjukkan.! oleh : Akusalleh Abadi.

HUTAN KITA @ SKSP2...


Foto 1 : Pelancaran Program Hutan Kita oleh YABhg. Tun Jeanne Abdullah, di SIGS,JB


Foto 1 : Pokok sumbangan daripada Program Hutan Kita @ School oleh Lanskap Malaysia


Foto 2 : Aktiviti Penanaman pokok Hutan dikawasan sekolah


Foto 3 : Kenangan sebelum acara penanaman pokok hutan dijalankan.Kelas 6 Cerdik

Program Hutan Kita @ School telah diadakan pada 23 Jun 2011 bertempat di kawasan SKSP2.Program ini adalah program yang dirancang bagi memberi kesedaran tentang kepentingan Hutan dari peringkat sekolah rendah lagi.Program ini juga adalah program jangka panjang yang akan memberi impak tentang kepentingan kesedaran alam sekitar untuk generasi akan datang.Program ini telah dirasmikan oleh Pn Rosnani selaku Guru Besar dan juga AJK PIBG iaitu En Shamsul telah menyempurnakan penanaman pokok hutan sebagai simbol program tersebut. Oleh Akusalleh Abadi.


Monday, June 27, 2011

Ceria bersama HORLICKS

Foto 1 : Wakil daripada Horlicks sedang memberi penerangan kepada murid-murid Tahap 1 tentang kebaikan minuman berkhasiat.


Foto 2 : Maskot Horlicks...

Foto 3 : Murid -murid SKSP2 sedang mendengar ceramah Horlicks.

MINGGU BAHASA MELAYU 2011


Foto 1 : Pn Rosnani memotong reben perasmian Minggu Bahasa Malaysia dilancarkan.


Foto 2 : Antara Perpustakaan Mini yang bertanding 6 CK.

Foto 3 : Pertandingan permainan Congkak.

Foto 4 ; pertandingan permainan Ting-ting

Minggu Bahasa Melayu 2011 telah dirasmikan oleh Pn Rosnani dengan jayanya pada 20 Jun 2011.Pelbagai acara dan program yang telah dirancang berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan mengalakkan daipada murid dan guru SKSP2.Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti cari benda tersembunyi (T1),Cari perkataan (t2),menulis esei,pertandigan mengira jumlah perkataan,Pidato,Nyanyian lagu asli,Eja Dengan Betul (EDB) dan Pertandingan Perpustakaan Mini.Pihak Paniti Bahasa Melayu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru BM dan guru yang membantu dan turu serta menjayakan Minggu Bahasa Melayu ini.Semoga dengan program seperti ini akan memberi manfaat dan meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia murid-murid .TAHNIAH diucapkan kepada Panitia Bahasa Melayu. Oleh Akusalleh Abadi..

Perkhemahan KOKurikulum 2011


Foto 1 : kawasan tapak perkhemahan


Foto 2 : Pertandingan bola jaring


Foto 3 : Pertandingan ikhtiar hidup


Foto 4 ; Meredah Hutan


Foto 4 : Peserta sedang melalui cabaran halangan


Foto 5 : Halangan tayar

Foto 6 : Halangan Titi Gantung

Perkhemahan Kokurikulum telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Seramai 83 orang murid yang terdiri daripada murid-murid tahun 4,5, dan 6 telah mengikuti perkhemahan tahunan ini.Pada tahun ini perkhemahan telah diadakan di Kem Seri Perling iaitu kawasan perkhemahan yang telah digazetkan oleh pihak sekolah sebagai tapak perkhemahan khas.tapak perkhemahan ini akan dijadikan salah satu kemudahan untuk murid-murid dan guru-guru mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan unit beruniform.Pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu antaranya Aktiviti Kawat kaki,Aktiviti Meredah Hutan,Aktiviti persembahan persatuan,dan aktiviti ikhtiar hidup.Sepanjang perkhemahan ini murid yang menyertai perkhemahan ini begitu teruja dan dapat menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan jayanya.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama pentadbir,semua guru dan ibu bapa murid yang begitu prihatin sehingga perkhemahan ini berjaya dilaksanakan. Oleh : Akusalleh Abadi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

HAK CIPTA TERPELIHARA Sejak 2009 - 2019 Penafian :SK SERI PERLING 2 Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SK Seri Perling 2 ini.