KAMI WARGA SKSP2 MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SKSP2...SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

KITA JAGA KITA

KITA JAGA KITA

Wednesday, March 30, 2011

Latihan Kebakaran bersama BOMBA

Foto 4 : Para Penyelamat sedang memerhatikan keselamatan murid-murid SKSP2
( Dari kiri : En Shahrul,En Nik,En Salleh dan En Fazley )


Foto 3:En Kesavan sedang memberi taklimat kepada guru.guru.

Foto 2: En Fazley sedang membuat demo memadam api menggunakan pemadam api.

SELASA 29 MAC - Pihak Keselamatan dan Kebakaran SKSP2 talah berjaya mengadakan latihan pengungsian Kebakaran kali pertama tahun ini.Latihan ini juga telah diadakan bersama pihak Bomba.Antara aktiviti yang diadakan pada hari itu adalah latihan kepantasan masa berkumpul dan menyelamatkan diri.Selain itu juga demonstrasi memadamkan api kebakaran menggunakan pemadam api kebakaran juga telah diadakan.Guru-guru dan murid-murid yang terpilih juga berpeluang mencuba alat-alat memadam kebakaran tersebut.Sesi taklimat juga telah diadakan kepada semua guru-guru berkaitan dengan organisasi keselamatan dan kebakaran dan juga demonstrasi memeriksa bilangan murid semasa berlaku kejadian.Semua ceramah dan taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Bomba iaitu Tuan Kesavan daripada Balai Bomba Larkin.Secara keseluruhannya beliau berpusahati dengan latihan tersebut.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama pihak bomba kerana memberi kami info dan taklimat yang sangat berguna. Berita oleh AA.

Wednesday, March 23, 2011

Terima Kasih Vitagen






RABU,23 MAC 2011 - Ceramah berkaitan dengan minuman berkhasiat Vitagen telah diadakan pada hari ini bertempat di dewan sekolah.Ceramah ini diadakan berkaitan tentang kebaikan minuman Vitagen untuk kesihatan murid-murid.Semua murid tahun 1 hingga tahun 6 bukan sahaja berpeluang mendengar ceramah tetapi juga berpeluang menjawab soalan-soalan kuiz yang diajukan oleh penceramah khas .Setiap soalan kuiz yang berjaya dijawab murid akan mendapat hadiah berupa minuman Vitagen.Selain itu , semua murid juga diberi peluang untuk menikmati minuman tesebut.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Vitagen sudi memberi info yang sangat berguna.TERIMA KASIH VITAGEN!

Monday, March 7, 2011

PEPERIKSAAN SETARA UPPM 1 TAHUN 6 NEGERI JOHOR 2011






Peperiksaan Setara UPPM 1 Tahun 6 akan diadakan mulai 8 Mac hingga 10 Mac 2011. Bersama-sama ini disertakan Jadual Waktu Peperiksaan untuk tindakan.Sila muat turun Jadual rasmi peperiksaan seperti alamat dibawah.Terima Kasih.SU PEPERIKSAAN.




Friday, March 4, 2011

Mesyuarat Agung Kali Ke- 16 dan Majlis Anygerah Cemerlang 2010

Semua ibu bapa penjaga muris SK Seri Perling 2 dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Kali ke - 16 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2010 seperti ketetapan dibawah :

TARIKH :
5 MAC 2011

MASA:
8.00 PAGI

TEMPAT :
DEWAN SK SERI PERLING 2

DIRASMIKAN OLEH ;
YB DATO' HAJI OSMAN BIN HJ SAPIAN
ADUN KEMPAS


ATURCARA MAJLIS:

8.00 pagi
Pendaftaran ibubapa/penjaga

8.30 pg
Mesyuarat Agung PIBG

10.30 pagi
Ketibaan VIP majlis
Majlis dimulakan

Agenda :
Tarian Selamat datang
Bacaan Doa
Ucapan PIBG
Ucapan Guru Besar SKSP2
Ucapan dan Perasmian oleh ADUN Kempas
Penyampaian hadiah murid 5A UPSR 2010
Penyampaian hadiah panitia terbaik 2010
Penyampaian cenderamata AJK PIBG
Persembahan murid
Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang 2010

1.00 tengahari
Majlis Bersurai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

HAK CIPTA TERPELIHARA Sejak 2009 - 2019 Penafian :SK SERI PERLING 2 Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SK Seri Perling 2 ini.