9 April 2011 - Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling dan Panitia Bahasa Malaysia telah mengorak langkah lebih awal dengan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Malaysia.Tujuan utama adalah untuk mengisi ilmu didada dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman bukan sahaja murid Tahun 6,malahan tempias teknik tersebut juga dapat dikongsi bersama dengan murid Tahun 5 yang bakal menghadapi UPSR pada tahun 2012.
Penerapan ilmu ini juga dikongsi bersama guru-guru Bahasa Malaysia SKSP2 supaya dapat memantapkan penandaan jawapan kertas Bahasa Malaysia.Bagi tujuan itu pihak sekolah telah menjemput Pn Noriah bt Md Jidin sebagai penceramah jemputan dari SK Taman Perling 3.Beliau adalah salah seorang penanda kertas peperiksaan UPSR yang telah berpengalaman.Banyak info yang telah dikongsi bersama yang dapat digunakan murid-murid untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam menjawab Kertas Bahasa Malaysia dalam UPSR.
Foto 3 : Penyampaian cenderamata kepada penceramah telah disampaikan
oleh Pn Noor Kamar bt Abdullah GPK1
Kami pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih dan berharap agar semua murid dapat menggunakan segala teknik untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2011.
Berita oleh AA.
No comments:
Post a Comment