Warga sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada Pn Haniza bt Hassan kerana telah dilantik menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Taman Perling Johor Bahru.Oleh itu beliau akan memulakan tugas dan berpindah ke sekolah tersebut berkuatkuasa pada tahun sesi persekolahan 2013.Warga sekolah mengucapkan tahniah dan merakamkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti yang beliau curahkan sepanjang bertugas di SKSP2.Semoga beliau terus mengekalkan dedikasi dan usaha beliau untuk mendidik anak bangsa Malaysia.